�

Followers

Saturday, December 4, 2010


TALQIN YANG MENGGERUNKAN

bismillahirrahmanirrahim...


jom saama-sama kita hayati talqin ini... 



Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala



Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut



Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:



Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?



Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:



Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.



Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar



Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.



Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.



Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr



Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:



“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”








You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Saya Sayang SAHABAT

Bismillahirahmanirahim...



Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Kadang-kadang kita tak sedar,dalam diam,dalam sengaja mahupun dalam tak sedar kita melukakan hati seorang insan yang mana antara insan yang terpenting dalam hidup kita.Iaitu sahabat;
Tanpa sahabat hidup kosong,sunyi dan sepi.Bagaikan bulan yang tak di temani bintang.

Dan kadang-kadang sukar untuk menjaga keikhlasan walau ia senang untuk meniti di bibir.Salam kemaafan salam perjuangan dan salam persahabatan dengan salam kemaafan atas segala keterlanjuran dan kesengajaan dalam melukakan hati-hati insan yang sangat disayangi.SAHABAT.

Bukan kesempurnaan yang dijadikan ke atas diri ini melainkan kesalahan demi kesalahan atas kekurangan yang mengajar untuk menjadi lebih sempurna.Dan semestinya kesempurnaan itu wujud dipandangan matamu wahai sahabat andai itu yang sahabat lihat tentang seorang sahabat..^.^

Saya sangat menyayangi anda!=)

Salam persahabatan,
daia_kasturi


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Friday, December 3, 2010


Azam Semester 6

assalamualaikum wrt...

allhamdulillah..syukur pada Allah swt...kerana melancarkan segala urusan mengenai pendaftaran ke politeknik pada 1 Disember yg lepas...
mujurla semester akhir nie semalin mudah pulak segala urusan pendaftaran...mana x nyer..
semester2 lepas msti yuran jabatan lebih dr RM20 ...tp sem nie..hny RM10 jer...haha..
mcm tawu2 jer semester nie dh pokai...ngh tunggu uwit ptptn msuk jer nie...
tp..selalunyer...Jabatan Teknologi Maklumat msti dapat wit ptptn lambat nyer...
lau jabatan len msti dh msuk awal punya...
belum stat kuliah lagi dh dapat ptptn...
huhuuh..jeles nyer...haha
tp tyme deme lak kekeringan sbb dh bis uwit ptptn...
kami de lagi uwit ptptn...haha..kalian jgn jeles pulak..haha(gelak baik..xmaw jahat2...)

setelah selesai je pg isnin tue pendaftaran di jabatan...
petang tue pulak kene daftar module untuk semester nie...bersama PA...Penasihat Akademik taw...bukan Personal Assistant...hehe

nie die module untuk sem nie...
agak susah jugak...tp kne blaja dlu baru tawu ssh ke x...jam kredit yg paling banyak tue..tue la yg paling ssh n kene more di beri perhatian...

* English For Technical Purposes - 1.5
* Interactive Java Programming - 4
* Web Programming - 3
* Network Security - 3
* Final Project - 5

payah jugak semester nie..tp xpela...stat blaja n tumpukan perhatian pada awal2 lagi...comfirm jd mudah..
chayok2 dayah..haha....

selepas bereh sume tue..ape lagi...sesi mencalonkan ketua n penolong kelas la untuk semester terakhir nie...

Tahniah kepada 
NOOR AZZARRAI BIN NOOR IZAHAR  (Ketua kelas ) 
NAFSIAH BINTI MAT DAUD (Penolong Ketua Kelas)

p/s : hope korg leyh bg maklumat n informasi utk sume pelajar DIP6B la nati k...

nie pulak jadual semester akhir untuk pelajar Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP6B)
xla terlalu padat kelas utk sem nie..tp perlu dipenuhi jugak dgn blaja...maklumlah..sem akhir...kene blaja sungguh2..jangan duk men2 g...haha...

Jadual DIP6B
Azam Semester 6 : 
-Nak belajar bersungguh supaya dapat mejadi manusia yg berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
-Nak jadi anak yg dapat membalas jasa ibu n ayah..
-Nak jadi manusia yg berilmu..
-Nak jadi insan yg berguna pada agama,bangsa dan negara..

NurHidayah Bt Abd Rahim..Chayokk22233...Semoga berjaya mencapai azam Semester 6...

perkara-perkara yg perlu di LAKUKAN utk mencapai azam :
- tumpukan perhatian di dalam kelas semasa lecturer mngajar..
- xmaw bermain2 di dalam kelas..(bersembang n berckp kosong)
- serius semasa belajar...
- jangan mengantuk di dalam kelas...
- cari nota-nota yg berkenaan module pd senior mahupun intenet...
- study setiap malam...
- banyak kn makan kismis n minum air penerang ati.
- minum nescafe (ilangkan ngntuk..hehe...utk sem nie jer...bukan sllu...)

perkara-perkara yg di LARANG lakukan utk mencapai azam : 
- berFACEBOOK pada hari-hari kuliah..(sabtu n ahad boleyh la..ahakss~~)
- berMESEJ pada wktu nak belajar..
- makan-makanan yg boleyh melupakan ingatan
  contohnyer ::
  * makan maggi (sbb ade MSG+lupa)
  * makan nasi lemak (sbb nati ngntuk+lupa)
  * makanan pedas (nati sakit pewot tyme blaja..pastu bleyh wt otak sye blok nk belajar..ahak~~..sye nie pelik sikit...haha)
  * makan otak ikan,udang

sekian sajalah entri utk kali nie...ari isnin nie spatutnyer msuk kuliah dh..tp xtawu la lecturer de ke x...
jadi..kte wt2 xde klas jela..sbb sume dak dip6b sume dh balik kampung balik...so..mknenyer..rabu minggu depan(8/12/2010) la stat kuliah balik...ok la selamat bercuti...hehe..

ma'asalamah...

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com