widget

Followers

Networked Blogs

Saturday, December 4, 2010


BAHAYA KAHWIN DENGAN PROGRAMMER

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "

Seorang programmer


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


TALQIN YANG MENGGERUNKAN

bismillahirrahmanirrahim...


jom saama-sama kita hayati talqin ini... 



Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala



Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut



Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:



Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?



Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:



Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.



Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar



Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.



Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.



Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr



Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:



“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”








You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Saya Sayang SAHABAT

Bismillahirahmanirahim...



Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Kadang-kadang kita tak sedar,dalam diam,dalam sengaja mahupun dalam tak sedar kita melukakan hati seorang insan yang mana antara insan yang terpenting dalam hidup kita.Iaitu sahabat;
Tanpa sahabat hidup kosong,sunyi dan sepi.Bagaikan bulan yang tak di temani bintang.

Dan kadang-kadang sukar untuk menjaga keikhlasan walau ia senang untuk meniti di bibir.Salam kemaafan salam perjuangan dan salam persahabatan dengan salam kemaafan atas segala keterlanjuran dan kesengajaan dalam melukakan hati-hati insan yang sangat disayangi.SAHABAT.

Bukan kesempurnaan yang dijadikan ke atas diri ini melainkan kesalahan demi kesalahan atas kekurangan yang mengajar untuk menjadi lebih sempurna.Dan semestinya kesempurnaan itu wujud dipandangan matamu wahai sahabat andai itu yang sahabat lihat tentang seorang sahabat..^.^

Saya sangat menyayangi anda!=)

Salam persahabatan,
daia_kasturi


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com