Assalamualaikum semua...jom kite lihat n amik pengajaran senario antara anjing dan lembu nie..
AL-KISAH di suatu petang yang aman..:-
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena ja?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau ja aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan tempik kat aku, "Hoi anjing, pergi jauh-jauhlahh, najis sungguh!!" Peh.. Terasa la aku..
LEMBU : Ya, lah. Kau kan haram. Huii.. Najis tahap berat bagi manusia engkau nih.. Biasalah tu..
ANJING : Ek elleh.. Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak apa..?? Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa hal pulak? Boleh ka nak samak dosa tuh?
LEMBU : Paisehh.. Betul cakap ko tu encik anjing.. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, LEBIH DAHSYAT KENAJISANNYA daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak. Huh...
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah la mcm nih.. "Pandai macam LEMBU!"
LEMBU : Kalo macam tu,sapa yang bodoh...?
ANJING : Errr.... Ko rasa..?
p/s : bak kata nabil raja lawak..lu pk la sendiri...
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majjah menyatakan bahawa ;- "Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)
You Like It?? Sila lah LIKE ..