“Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika dan terbenam matahari”. Hadis Riwayat Bukhari (no: 558).
Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
Hadis Riwayat: Muslim (no: 831).
Manakala illah larangan tersebut ringkasannya ialah;
- waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
- waktu tengahari: ketika itu api neraka bergelegak.
- waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab seperti solat sunat. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid terkecuali. (SOLAT QADHA' DIBOLEHKAN)
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis" .
Oleh yg demikian, janganlah kita melengah2kan solat Asar. Sebaiknya solat Asar hendaklah disegerakan melainkan jika ada urusan yg tak dapat dielakkan. Amalan menyegerakan solat adalah antara amalan sunnah dan disukai Allah s.w.t . Orang yg mengamalkan solat di awal waktu akan mendapat keberkatan masa dan usianya.
You Like It?? Sila lah LIKE ..