widget

Followers

Networked Blogs

Saturday, March 19, 2011


...RuMpUt & KaSiH SaYaNg...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


 
You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Friday, March 18, 2011


~ ATaS NaMa CiNTa ~


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
 
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
kumpulan UNIC


Lagu ni mengisahkan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan..
namun pada 1 ketika dia tersedar.. 
yang cinta pada perempuan itu telah mengurangkan cintanya kepada penciptaNya..
lelaki ini berasa amat bersalah dan amat berdosa kerana telah merampas rasa cintanya dari Allah swt..
lalu dia tersedar..
cinta yang selayak untuk di cintai hanyalah cinta Allah
lelaki ini takut akan kemurkaan Allah swt
lantas lelaki ini membuat keputusan bahawa..
"Biar sendiri hingga hujung nyawa,asal xsepi dari kasih nya,
Kerna ssunguhnya hakikat cinta, Hanya Dia yang Esa"..
Lalu lelaki ini berdoa..
"Ya Allah...jika diriku tidak mendapat cintanya di dunia..
Kau temukanlah cinta ku dan dirinya di akhirat kelak..
Sesungguhnya hamba ini sangat mencintai dirinya."
amin Ya Rabb Alamiin ~
lelaki ini telah mengorbankan cinta nya utk kekasihnya ..
 Demi utk mendapatkan cintanya kepada Allah..
Persoalan nya : 
adakah kita sanggup mengorbankan cinta kita demi Allah swt ??
Sekian..maasalamah.. 
  
Jom kita play video klip Atas Nama Cinta Dari UNIC ini..


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Thursday, March 17, 2011


Doa apabila Mendengar Kematian orang yang bukan islam

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ 
Marilah kita mengucapkan syukur Allhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi Allah ini lagi..masih ada lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul sbagai seorang muslim.
Petang tadi selepas sahaja solat magrib trus membuka laptop. Hajat dihati nk study tp rehat sebentar melihat facebook.hehe..biasalah tu..nk hilangkan stress. Bile bukak jer fesbuk,punya lah banyak notification nyer..hehe..tetibe tertarik dgn satu notification nie..datang nyer dr sahabat ku..jom kita sama-sama lihat.

  
 terima kasih kepada sahabat ku sbb bertanya soalan.. 

Sebagai menjawab soalan sahabatku ;

Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang )

Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155


 Dengan itu, apabila mendapat berita kematian seorang yang bukan Islam TIDAKLAH SALAH dan TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI DOA KEPADANYA serta TIDAKLAH PULA DIANGGAP MENDOAKAN RAHMAT KE ATAS ROH SI DIA ( Yang Bukan Islam itu ) .

Apa yang diucapkan itu hanyalah sebagai TAZKIRAH ( Peringatan ) kepada diri sendiri dan kepada orang yang memahami perkataan itu bahawa ucapan itu membawa erti: “ Betapa hebat, sombong , megah , takbur , besar diri dan gagahnya kita , kita tidak akan “ menongkat langit “ , dan sebagai mana kita berasal daripada Allah Ta’ala ( lahir dengan taqdir-Nya ) maka begitulah juga kita akan pergi menemui-Nya kelak ( yang juga merupakan taqdir-Nya ) " .

Dan setiap amalan itu bergantung kepada niat dan niat saudara menyebut perkataan itu ternyata tidaklah salah . :yess

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
 
 


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Saturday, March 5, 2011


10 Soalan Sebelum Bertunang


~ Dia Tercipta Untuk Ku ~ 

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.


10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4.Apakah pandangan mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan ?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
 
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Friday, March 4, 2011


♥♥♥ SaYa MuNGKiN MeNYuKAi AwAk ♥♥♥

 “Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
 “Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
 “Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

 “Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Wednesday, March 2, 2011


AnTaRa DuA PiLiHaN Ya aTaU TiDaK

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) 


Allhamdulillah,arinie curi masa sedikit utk meng "update" belog ku nie.Mklumla,terlalu bz dgn Final Projek dan tugasan2 yg lain yg perlu disegerakan utk disiapkan.Itu adlah perkara biase bg hidup seorang pelajar.Terlalu byk bnde yg perlu di pikul dan di pertanggungjawab kan.Namun kesabaran dan ketabahan amat diperlukan dalam menjadi seorang pelajar yg berjaya..wah2..ayat yg agak skema..hehe..xpela..jes nk luahan perasaan..


Hari ini,tangan nie terasa gatal sngt sbb nk menaip entry terbaru..wlaupun byk kerja.Kadang2 kita perlukan masa utk aktiviti lain utk kita luahkan perasaan kita..spya dapat menghilangkan tension,kemarahan dan kesedihan..
bagi sy semua itu dpt mem positive kn diri ku ini..Maklumla dri ku ini juga manusia yang lemah..xtrlepas dengan semua dugaan hidup.Kadang2 kita dapat hadapi semua tu dgn tenang..dan adakalanya kita ngelabah dlm meng " handle"kan masalah tersebut.Hanya Allah Yang Tahu segala apa yg terbuku di hati ni.

Sebenarnya entry kali ini,sy amat sukar utk mmbuat 1 pilihan hidup antara YA atau TIDAK . Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini,semnjak diriku terdedah dgn dunia internet atau pun lebih dikenali dunia alam maya nie..byk bnde yg sy dpat..Byk yg terdedah kepada kebaikan dan byk juga yg terdedah kepada keburukan.


Kebaikan yang saya paling SUKA semasa hidup di dunia alam maya nie ialah :-


***Ramai Kawan-Kawan  
      Saya dapat berjumpa dengan ramai kwn2 yg xpernah sy kenali diseluruh dunia [sebenarnya dalam Malaysia jer..ehee~ ] even sy xpenah kenal mereka namun mereka amat baik dgn saya..Actually sy mmg pemalu + segan utk berjumpa dgn kwn2 yg sy xpenah jumpa..sampai 1 tahap tu kwan perempuan yg sy sllu dok chatting pun sy segan nk angkat kal dorg..meby sy nie manusia yg agak pelik kut.yela kwn2 kt fb tu mmg byk dan mereka mmg peramah..Kalau org yg xpenah kenal sy..sy nie mmg pemalu sedikit..tp kalau kwn2 yg dah ari2 idup bersama..dh kurang sikit pemalunya..hehe..dan mungkin terlalu overdos pulak peramah nya..bile dkat alam maya nie..saya mmg seorg yg peramah tidak kira la perempuan or lelaki..


***Ramai Kawan-Kawan Yg Lagi Muda [adik-adik] 
      "Masa dekat alam maya nie sy de ramai kenalan dr kwn yg muda dr saya..saya lebih rapat n suka berkawan dengan mereka dr berkawan dgn kwn yg sebaya atau lebih tua dr sy..mungkin sbb xde point nk sembang..lagi pun dr kecik lagi sy mmg perasan yg saya nie suke berkwan dengan adik2.


Nak dijadikan sebuah cerita,masa dolu2 tyme sekolah agama rakyat dulu..sy de ramai adik angkat yg terangkat tue..haha..bak kata mmg ramai lah..smpai 1 mse tu tyme nk solat asar berjemaah di surau hmpir satu saf/baris jemaah tu penuh ngn adik2 angkat.mklumla,mse tu sy tahun 5,adik2 angkat tahun 1..mmg sshla nk jge mereka..tyme nk solat jer,mesti pkaikan mereka telekung..pastu smpai de yg gduh sbb nk solat sebelah sy..last2 mereka akur..hehe..sian mereka..pastu ble nk p kdai msti dorg ikut je sy kemana2..


sy mmg suke budak2..mungkin sbb sy xramai adik perempuan..maklumla sy de sorg je adik..Ustazah kt situ semua heran dgn sy,yela..ramai sngt adik angkt kt sekolah..ustazah ckp sy mmg pelik..pastu sy kadang2 suke dukung adik2 angkat sy nie..tp xla semua..de sorg dua jela..meby sbb trlebih chomel n petah..hehe..rindu sngt tyme nie..smpai sekarang nie sy msih di kategorikan pelik..haha... sbb itu la sy suka layan kwn2 yg lagi muda dr sy..hehe.."


***Yang ni bukanla bnda yang saya suka..tp wujud di alam maya nie..
       Lelaki yang dinyatakan tidaklah sngt peramahnya..sbb nya dalam fesbuk sy pun..berape jela insan yg bernama lelaki yg sy kenal.Kebyakan nya pun kwn2 sekolah,kwn2 Poli..yg selain dri itu tidak pernah pun termasuk dalam senarai Friends List sy tue..sy mmg xsuke meng "approve" sekiranya dia itu lelaki..Tp kadang2 sy meng "approve" mereka secara xtahu knp sy approve.mungkin sy mengehadkan ciri2 lelaki utk meng"approve" itu kot..hehe..Yg tidak menepati ciri2 itu..mungkin tidak di "approve" dan kebarangkalian di block..hehe..kejam nyer sy..tp itu la kenyataan nya..ade sebab mengapa dan kenapa sy berbuat sedemikian..mungkin akan dinyatakan ..Keburukan yang paling xsuka di alam maya nie sebentar lagi..

Keburukan yang saya paling TIDAK SUKA semasa hidup di dunia alam maya nie ialah :-

***Benda yang paling sy xsuke telah dinyatakan diatas iaitu lelaki..Scre jujur..sy mmg xsuke approve lelaki..maaf la lau spe yg add tp x dilayan itu..ade sbb nya sy lakukan sume nie..
antara sbbnya ialah :
* lelaki ini mmg terkenal dalam mengayat seorang perempuan..sy akui yg sy mmg mudah terperdaya dengan ayat2 mereka..Disebabkan hal2 mcm nie la sy takut utk approve lelaki..
** sy mmg xsuke lelaki yg add ssorg sbb kecantikan ssorg wanita itu.Bile tgok picture chomel jer msti nk add..jd utk mengelakn bnde2 nie trjadi,sy lebih gemar letak gmbar2 kartun muslimah atau lain2..tp kdang2 sy akan tukar juga pic sbnr..ikt keadaan..hehe..sy mmg pelik..hehe...
p/s : maaf kepada semua lelaki kt luar tu..ada ciri2  lelaki yg sy suke je akan sy add..yg len tu..xdapet eden nk menolong..


1 Lagi sbb sy menulis entry hari nie..sy rasa yg sy nk ttp akaun fesbuk sy..tp sy masih dalam dilema..sbb bnde2 kt atas tue..sy syg kwn2 sy..sy syg ukuwah yg terbina sepnjng sy didunia alam maya nie..tp de 1 sbb sbb kdng yg sy xnk bnde tue trjadi lalu terjadi...jd better sy ttp akaun fesbuk nie..xde masalah nie akan timbul..mungkin sy perlu pk leklok utk masalah nie..hehe..


hehe..cukup la rasenyer entry sy hari nie...hehe..skadar luahan perasaan..
assalamualaikum..
doakan sy dapat mnyiapkan final projek dgn jayanya..
thanx sbb jd shbat2 sy..


Saya memang seorang yang pelik

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Tuesday, March 1, 2011


♥..*** Munajat Cinta ***..♥


Ya Allah..Aku mohon kepada-Mu, cinta-Mu...!
Cinta siapa saja yang mencintai-Mu...
Cinta apa saja yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...
Jadikanlah cinta-Mu lebih berharga bagiku..

Daripada air dingin bagi orang yang kehausan.

Yaa Allah...
Hidupkan aku dengan kehangatan cinta-Mu...
Matikan aku dengan kelembutan cinta-Mu...
Bangkitkan aku dengan kekuatan cinta-Mu..
Cintaku pada-Mu, masih tetap menunggu cinta-Mu...

Yaa Ilahi..
Jikalau cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya...
Teguhkan imannya...
Tegarkan penantiannya...

Yaa Rabbi....
Jikalau hatiku Kau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu...
Terangi langkahnya dengan cahaya-Mu...
Temani dia dalam kesepian dan kesendirian...

Yaa Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya...
Resapkan rinduku pada rindunya...
Mekarkan cintaku bersama cintanya...
Satukan hidupku dan hidupnya...
Dalam cinta-Mu...
Sebab....
Cintaku padanya, dari-Mu.
Cintaku padanya, oleh-Mu.
Cintaku padanya, untuk-Mu.
Cintaku padanya, kerana-Mu.

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com