widget

Followers

Networked Blogs

Wednesday, November 24, 2010


Tintaku



Ya Allah..
Apakah pandangan-Mu terhadapku?
Ku takut..takut pandangan yang menjelekkan..
Pelbagai perkara ma’asi yang ku lakukan..
Aku tahu ia hina..
Aku tahu ia menjatuhkan Islam..
Aku tahu itu..
Tapi, aku tak berdaya melawan nafsuku…

Nafsu..
Ia ibarat seekor kuda liar….
Memang sukar untuk menjinakkannya..
Kecuali dengan kepintaran pada tuannya..
Untuk menjadi tunggangan yang baik..
Sungguhpun ku tahu,
Nafsu ini telah diseksa beribu kali
sebelum masuk ke dalam diri setiap insan..
dan perlu bersumpah,
bahawasanya Allah Taala tuhannya..
huh, mengeluh panjang aku
susahnya nak mendidik nafsu..
hanya dari golongan muttaqin..
mutawakkilin..dan muslim sejati..
yang kaya dengan iman yang kuat di dada..
itupun…belum pasti..

Syaitan..
Musuh utama setiap manusia..
Tetapi, aku hairan?
Kenapa manusia masih mengikut kata-katanya?
dia menyuruh kita membuat..
kita..seperti terkena sihirnya…
sedangkan syaitan hanya membisik..
belum mengugut..
aku sendiri…begitu juga…
apakah bekalan ku untuk akhirat?
Pastinya setitis daripada lautan pun…
Masih tidak mencukupi…

Ya Rabbi, 
kau ampunilah aku..
Kerana terlalu lagha, asyik, leka..
Termakan kata-kata syaitan durjana..
Jadikanlah nafsuku ini nafsu yang mutma’innah..
Yang boleh mengawal diriku daripada dunia..
Yang boleh memesongkan insan
daripada landasan sebenar…

Ma'assalamah...




You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

0 ulasan: