widget

Followers

Networked Blogs

Saturday, November 20, 2010


MahaL MahaL KiTa ~~♥(khas buat 'adam' ku)♥~~





Kebahagiaan terletak kepada mereka yang pernah menangis, mereka yang pernah terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Aku manusia yang pernah tersungkur dalam kekalutan dunia, aku manusia yang pernah rebah dalam kealpaan cinta duniawi. Mengingati titik-titik noda terdahulu di atas hamparan sejadah suci aku menadah kedua telapak tangan ini memohon keampunan dan rahmat dariMu agar diberikan aku hidayah serta taufiqMu supaya aku tidak tersimpang dari jalanMu, mengharapkan dipertemukan dengan bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…ampunilah aku Ya Allah…..

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari serta mulut dan hati bersatu berzikir mengingati ILAHI. Aku bermunajat di malam hari, merintih dan merayu kepadamu Ilahi…hilangkanlah kesakitan di dalam diri, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. Terlalu berat untuk aku terima namun aku pasrah sekiranya sakit yang kurasa ini menjadi penawar dosaku. Maka dikesempatan itu aku memohon kepada Ya Rabbi, melafaz kata-kata cinta indah yang mengalir berzikir di kidung doaku, hadirkanlah aku seorang ‘adam’ yang telus mencintaiku dan menyayangiku, yang akan memberikan aku kebahagiaan di dunia dan juga pembelaan di akhiratMu, seterusnya yang akan menjadi pemimpinku ke landasan SyurgaMu...Syukur kepadamu Ilahi…..

Aku telah diberikan anugerah untuk mencintainya..aku juga telah diberikan anugerah dicintai olehnya…Dan kini kami saling menggenggam anugerah dariMu. Meskipun jarak dan waktu memisahkan kami, jangan pernah jadikan itu sebagai penghalang cinta yang telah diberi dariMu...Dan izinkanlah kami untuk selamanya bersama dan menjaga anugerah dariMu…amin Ya Rabbul Izzati….

Destinasi cinta yang ku cari sebenarnya sudah terlalu hampir. Apapun yang kita cari dalam kehidupan ini adalah secangkir kebahagiaan buat perencah kehidupan sejati. Namun tidak semua keazaman merenjiskan penawar…kerana kita hanya merancang tetapi Allah yang Maha menentukan. Kesedaran yang harus kita sematkan bersama, bukan mudah melakar pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari…Redhailah kita dalam menghadapi apa jua ketentuan dan takdirNya kelak. Berdoalah semoga apa yang kita genggam ini adalah ketentuanNya yang sememangnya ditakdirkan untuk kita kecapi bersama…

Wahai si pemilik hatiku...sedarilah kita Cinta itu satu amanah. Ia bukan hak mutlak kita. Tidak wajar untuk kita jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain. Kita hamba ciptaan Tuhan yang dijadikan berpasang-pasangan. Kita hanya meminjam anugerah Tuhan itu namun bila tiba masanya kita pasti akan pulangkan. Cinta yang hakiki datangnya dari Allah S.W.T semata-mata. Jika aku adalah cinta yang kau dambakan selama ini, maka cintailah Dia lebih dari diriku..kasihilah Dia lebih dari segala-galanya kerana hidup dan matimu hanyalah bersamaNya, cinta abadan yang boleh dibawa sampai mati.

Kepadamu yang bakal menjadi sebahagian daripada hidupku... Cintailah aku bukan kerana kecantikan paras rupaku, bukan kerana hangatnya cintaku, bukan kerana cintaku padamu tetapi cintailah aku kerana diriku seadanya. Jangan kau cintai aku seperti bunga kerana bunga akan mati kala musim berganti. Cintailah aku seperti sungai kerana sungai akan mengalir selamanya. Terimalah segala kekuranganku, kerana aku tidak sesempurna yang dikau sangkakan. Tapi ketahuilah aku dambakan cintamu untuk aku menjadi wanita sempurna di matamu.

Duhai nakhoda yang bakal membawaku belayar di lautan yang luas...telahku nyatakan padamu bahawa di permulaan ini aku hanya ingin 3 perkara sahaja darimu…jadikanlah aku matamu untuk kau lihat kecantikan dunia dan kebahagiaan akhirat kelak…jadikanlah aku telingamu untuk aku mendengar segala rintihan dan keluh kesahmu walau di mana saja dan apa jua keadaan kau berada... Tuhan menciptakan setiap manusia dengan dua hati, dimana satu hati lagi harus dicari, maka jadikanlah aku hati padananmu yang engkau cari-cari selama ini.

Untukmu si pemuja hatiku...aku inginkan cinta biasa namun aku ingin mencintai dan dicintai daripada ruh dan jiwa kita yang paling halus. Aku bukan sekadar dambakan cinta sejati tetapi aku inginkan cinta yang hidup, yang kekal di dunia dan juga singgah sana…Sesungguhnya ketahuilah olehmu, di dunia ini aku ingin menjadi pendukungmu, pembakar semangatmu, senyumanmu dan pelengkap hidupmu dalam menghadapi semua bahtera pelayaran dunia ini… Di hari pembangkitan nanti, aku ingin bangkit di sisimu menjadi pendampingmu di kala hari perbicaraan dan akan menjadi pengiringmu di SyurgaNya kelak…izinkanlah aku…

Kehebatan berkata-kata terletak pada lidah. Namun, sehebat mana pun kata-kata itu bertunjangkan pada hati dan pemikiran yang baik dan terbaik. Kejujuran adalah sesuatu yang bergantung pada terjemahan hati dan bukan sekadar gelinciran lidah. Keikhlasanmempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak dapat melihatnya. Jangan biarkan cinta menguasai diri, sebaliknya biarlah diri yang menguasai cinta, InsyaAllah kita mampu membuat keputusan tepat dalam membina sesuatu perhubungan bersulamkan kejujuran dan kepercayaan.

Aku akan menunggu…menunggu…dan terus menunggu kerana aku yakin kau pasti menjemputku……(^__^)  _♥



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

0 ulasan: