widget

Followers

Networked Blogs

Tuesday, June 14, 2011


JaNGaN TeRLaLu MeNGHaRaP,TeRiMaLaH Dia Apa SeaDaNYa



Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…


.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


.
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


.
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa



Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…



Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL...



Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . . 


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI


Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
.
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Aku sedang menanti dia...




Aku sedang menanti dia

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..





You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Saturday, June 11, 2011


Apa itu Cinta ??

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

namun..hanya cinta Allah sahaja yang kekal abadi buat selama2nya..dan tidak akan mengecewakan...Kerana hanya Allah saja yang Maha Mengetahui...



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Wednesday, June 8, 2011


Luka Lama Kembali Berdarah akibat cinta

Assalamualaikum semua sahabat setia yg sudi menjeguk blog sy..
hari ini mmg hari yg sepatutnya berlaku...
amat cedih + perit + memilukan + menyakitkan = segala2 nya
semua nie mengenai luka lama berdarah kembali..huh.. :'(

dh la setelah sekian lama baru hari ini sy berkesempatan beron9..dan bila dpt on9 nie..segala2 nya sy akan cuba selidik..termasuklah mengenai maklumat terkini,kerja kosong,hal peribadi dan mcm2 agi..
dan punya la sekian lama tetiba hari ini terusik utk add seorang yang penah menjadi cinta matiku...dengan menggunakan fesbuk lain..sbb daia tau lau daia add die gune fesbuk yg daia gune skng nie comfirm die xkan approve..jd daia pun add la gune id fesbuk lain..n amat memeranjatkan bile nmpk kt notification yg Muhammad Taufiq accept friend request daia..daia pun kebek la fesbuk die..n daia dpt tau yg die skng nie dh de org lain...

tetibe air mata nie jatuh xsemene3 ke pipi..padahal daia mmg dh xnk ingt agi sal die..tp bile tgok wall fesbuk n pic2 die..MashaAllah..ati nie semakin sakit+pedih sngt3..air mata nie bagai mencurah3x jatuh ke pipi... 
mana xnya..daia masih terlalu harap die kembali pada daia...daia simpan segala mesej,hadiah,gmbar3 die dengan elok sekali dengan harapan bile die kembali balik pd daia..die akan gembire sbb daia hargai segala pemberian dia..tp bile pk kn balik..perlu ker?? daia simpan semua tu..dan meratapi segala kesedihan bile tgok semua tue..

xpatut+ xperlu ingt lagi pada org yg langsung xingt kt kita...wat pe...wat sakit ati..wat luke lama kembali berdarah jer..daia rasa daia mcm org bodoh yg tunggu die n harap pada die..padahal die dh epi ngn perempuan lain...4 tahun semua nya sia2 daia mencintai die...wat sakit ati jer bile kenang hal lme tue...

lau tau semua nie dr awal2..daia xkn g tgok die konvo bulan lepas...huh...wat pe..wat sakit ati jer...daia yg minx staff poli izinkan daia bertugas time konvo sbb nyer..
1st - daia rindu segala kenangan tyme LI kt poli dulu..nk handle dewan,snap gmbar n paling suke berlagak jd staf PUO..hihihi..padahal student jer..ngee~ 
2 nd - daia dr sekolah menengah lagi mmg tringin nk tgok taufiq berjaya nek pentas untuk konvo..n bile nmpak die nek pentas time tue..hnya Allah jer tahu betapa daia hepi + sedih sbb xdpt raikan kejayaan die bersama2 ngn die...bile tgok org lain..best jer dpt bergmbar pkai jubah ngn org tersayang..tp daia...x...semua tue hny angan2 mat jenin jer..

dah setahun dh x bertugas mcm time praktikal dulu..tetibe staff kt situ soh pegang kamera MCP ..mak ooii..daia mmg betul2 ilang ingatan..n xingat pape dh..tp berani+wat pandai jer bile pegang kamera MCP tue..padahal gugupnyer Allah jer yg tahu..Yela..mana xnyer..kene handle 1 event kt dewan yg penonton nyer beribu2..mak datok..malu+segan semua ada..tp demi nk tgok Taufiq konvo..daia snggup..walaupun daia terpaksa bekerja sorg2x xmcm mse LI dulu ..yela dulu ada geng..tp nie sorg3x jer..mujur la ade dak2 junior praktikal kt situ..dpt ugak la berkenal2an..

dan hari itu mmg daia nmpk die dalam dewan..tp daia larikan dri dr jumpe die..sbb daia xsnggup berhadapan ngn die..n daia xnk die nmpak daia de kt situ..abis jer event tue..daia terus lari g tandas..daia nangis puas2..padahal hari itu,ade je kursus 3P ..tp daia ponteng sbb nk tgok Taufiq..daia xkesah la..sbb daia xnk sbb 1 hal..daia terpksa lepaskan bnde yg paling penting..jd sbb itu la daia xdpt dtg ke kursus 3P tempoh hari..staff kt situ de ugak tny kenapa daia sanggup nk berkerja time konvo..sbb semua org tau..lau keje time konvo mmg amat memenatkan sbb tempoh masa nyer yg lama..tmbah2 lagi bile perempuan yg kene bekerja..uish,penat ugak la masa balik tu..tp itu bukan alasan utk daia putus asa utk tgok taufiq..bialah bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..

xpela...itu adalah kali pertama daia jumpe die setelah 5bulan kami putus...dan mungkin itulah kali terakhir daia akan jumpe ngn die...jd daia akan menghargai setiap detik saat yang berlalu walaupun sakit jer akan dilalui...saat dan detik mohd taufiq naik ke pentas..time tue..hanya fotografer yg yg terpilih jer leh snap pic dlm dewan..lau ikutkan ati..dh lme daia nk snap..yela kamera dh de depan mata..n dorg xleyh nak marah sbb nie kamera utk rakam segala event kt poli..tp sbb pk kan balik ketidak beranian tue..daia hapus kan semua hajat utk snap pic Taufiq time nek atas pentas..hampa jugak perasaan tyme tue..mugkin de hikmah lain Allah nk bg utk daia..

petang konvo tu hujan lebat..graduan2 pun malas nk snap pic wat kenangan sbb dh ujan lebat..dan taufiq pun mungkin balik awal..tp daia nk ugak cri taufiq petang tue walaupun dalam ujan..tp jawapan nya adalah kehampaan..bila bnda yg kita cari xjumpa...urm..balik tu daia send msej pada die..daia tulis "akhirnya Hidayah dapat ugak tgok Taufiq konvo"..n taufiq balas.."terima kasih,tahniah ugak sbb Hidayah dapat result yang bagus..".. pastu daia dh xbalas dh..sbb daia xnk cedih agi..daia xnk smkin lme daia sembang ngn die..smakin perih nati rase nya..sbb itu la daia dh xbalas msj die..


setelah beberapa hari selepas konvo ,daia dapat pic nie dr sorg kawan daia..daia hepi sngt3 sbb dpt pic nie..sbb daia nk sngt tgok taufiq pkai jubah konvo..n now daia dapat..malam tu daia excited sngt smpai kan daia wat pic nie jd profile picture daia..Hanya Allah jer yg tahu kegembiraan di hati ini.. :'(

Mohd Taufiq B Mustafa Albaakari yg tengah2 tue..

hanya tinggal kenangan..

n Today !! 
dayah dapat tau die dah de penganti daia..lagi comel,lagi baik n yg paling penting die epi bersama perempuan tu..walaupun sakit bile daia tgok..namun daia pujuk ati nurani daia nie agar jgn bersedih..anggaplah ini ujian yg  perlu daia terima..mungkin tika ini biarlah perempuan tu yg rasa segala kegembiraan yg penah daia lalui dahulu..dan telah tiba masa nya Allah ambil kembali kegembiraan tu dr daia..

rupenyer die kenal perempuan tu dh setahun lebih dh..tp bru nie jer die ngn perempuan tu..urm..patut la masa hari jadi taufiq yg ke-20  pd 9 November dulu die wat muke xde perasaan je bila daia anta hadiah+kek pada dia kt rumah dia..sbb time tu die dh de perempuan lain..bodohnyer daia sbb pk kan die..n tunggu die smpai skng nie..urm.. :( Hnya Allah yang dapat balas pe yang Taufiq wat pada daia...

dulu die bg tau..die nk wat fesbuk family..sbb die xnk family die tau sal hubungan daia ngn die..tp skng nie..siap family dia komen status pom tu agi..xmalu lak bile family die dpt tau yg die dh de kpel..urm..alasan lelaki...siap bli cincin mahal utk pom tu..tp time daia?? cincin bodo tue jer yg die beri n daia sanjung2 sngt tue...daia bawak time exam..supaya bila daia tgok cincin yg taufiq bg tu..daia de smngat nk berjaya..tp ini akhirnya..sepatutnya daia buang jer cincin tu..

ya Allah...hamba Mu akur segala ujian yang Engkau berikan kepada ku..hamba mu akan terima segalanya dengan hati dan terbuka..sesungguhnya..hanya Engkau sahajalah yg tahu segala apa yang terbuku di hati ini...aminn..

daia dh xmampu nangis lagi..dari pada smpai la saat nie..hnya mata yg menjadi saksi bila hati ini di sakiti dan dicalari..bila satu anggota terasa sakit..anggota lain pun turut merasai kesakitan tu..dan daia perlu bersyukur sbb Allah pilih daia utk uji kesabaran dan kekuatan daia..sbb Allah dan jnji kan satu yg terbaik utk daia satu hari nanti..
ada hikmahnya Allah temukan kita dengan org yg salah.supaya kita akan menghargai org yg betul selepas nie..Hidayah..jangan nangis..kmu kene kuatkan semangat..jgn jatuh sbb sorg lelaki...

anggap semua tu adalah masa lampau mu…insya-Allah..Allah akan temukan jodohmu..la tahzan Nur Hidayah..chayok33x…anda boleh !!!

daia dh bertekad akan pulangkan segala hadiah pemberian die..dan padam semua pic dan msj die…daia dh xnk ingt kt die lagi..daia xnk sedih agi..kau pergi la jauh2 dri idupku...

Hadiah terahir yang taufiq berikan pada daia..
banyak lagi hadiah yg ade kt umah mak..nati de mase daia akan send semua adiah tu..dyh dh xnk ingtkan die agi...setiap 28hb sepanjang 4 tahun yang lalu..sebanyak itu la hadiah yg taufiq berikan pada daia..skng nie dh tiba masanya daia akan pulang kan hadiah tu...

Terima kasih Muhammad Taufiq b Mustafa Albaakari..
4 Tahun yang berlalu..hanya tinggal kenangan yg xmungkin akan kusimpan...

maasalamah..

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Saturday, June 4, 2011


Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-21 Miftahul Hidayah @ Daia Kasturi @ Puteri Katak...


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com