widget

Followers

Networked Blogs

Saturday, September 24, 2011


Daku Memerlukan Diri Mu Selalu


Aku mencari akan sesuatu,
sesuatu yg aku cari-cari untuk mengisi kekosongan dalam jiwa..
hanya padaNya,aku sandarkan harapan,,
demi mencari dan memperoleh cinta sejati..
walaupun aku tahu tidak semua yg ikhlas menerimaku sebagaimana engkau..
dengan ikhlas dan lapang dada kau menerima aku..
walaupun aku bergelumang dengan dosa-dosa silam..
terima kasih Ya Allah,,kerana menjadi peneman dikala aku kesunyian,
dikala aku memerlukan seseorang untuk berbicara,,
dan dikala aku berasa sangat sunyi dan dalam kesedihan yg teramat sangat..

Ya Allah,,
terima kasih kerana selalu berada disampingku,,
terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia kepada semua permasalahanku.
terima kasih kerana kau hilangkan duka nestapaku tatkala aku disisihkan orang,
terima kasih kerana kau kuatkan iman aku untuk menempuhi onak duri yg berada dihadapanku,
terima kasih kerana kau pilih aku untuk menempuh dugaan yg kau berikan.
aku tahu kau amat sayangkan aku,,
sebab itu kau x henti-henti memberiku cubaan..
walau aku hampir berputus asa,,kau tetap menghulurkan kasih sayangmu,,
untuk membimbingku kejalan yg benar,,
aku berharap agar kau memberiku kekuatan agar aku tabah menempuhi dugaan walau aku dihentam badai kesedihan dan kepiluan..
hanya padaMu,,aku berserah,,hanya padaMu aku berdoa memohon petunjuk..

Ya Allah,,
jangan kau berikan seseorang yang akan menyakiti hatiku,,
sebaliknya berilah aku seorang sahabat dan peneman hidup yang sayangkanku,
hanya keranaMu..bukan kerana diriku,,
aku tahu aku lemah dan tidak terdaya,,kerana itu aku memerlukan seseorang untuk bersamaku,,
akan tetapi,,kalau tidak ada,,akan ku anggap ini adalah yg trbaik meskipun aku terluka,,
kerana aku tahu,,kau berikan pada ku hanya yang terbaik..

Ya Allah,,akan ku rintih padamu,,berilah kasih dan sayangmu padaku,,
kerana sayangMu lebih aku perlukan,,
jagalah maruah aku dan lindungilah aku dari tipu daya dan kegoyahan iman,
agar aku dapat menjadi wanita solehah dan hamba yang sentiasa merendah diri.

Amin...


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Saturday, September 17, 2011


** aTaS NaMa CiNTa **


"HADIRNYA INSAN" memerlukan "DAMBA KASIH" Tuhan,,,
ingatkanlah diri dengan "LAYAR KEINSAFAN"
kerana "DESTINASI CINTA" yang memerlukan "SEBUAH PERTEMUAN"
antara kita dengannya seperti
"JAUHNYA SYURGA" yang disediakan....

Tatkala diri di ulit "RESAH",,,
hilangkanlah perasaan itu dengan menjadi
seorang yang "DERMAWAN"...

"TIKA DINIHARI"..
kita memerlukan "ARAH" dan "MAHAR CINTA" Illahi,,,
"KERANA CINTA" dan dengan "KALIMAH CINTA" itulah
yang akan menunjukkan kita
"BISIKAN NURANI" dan "BINGKISAN RINDU"
hanya untukNya!!!

Berpeganglah jua pada "SEGENGGAM TABAH" dan hayatilah "HIKMAH KEMBARA"
agar "CINTA PERTAMA" yang berputik
menjadi "SATU TEKAD"
untuk kita menunjukkan "NOTA CINTA" ini
hanya pada yang Esa,,,,

dan itulah yang dinamakan
"ATAS NAMA CINTA"..


Ya Allah,,
kuatkan kami BERMUJAHADAH,,
MENDAMBA cintaMu yang terindah!!!
cinta MANUSIA hanyalah WASILAH...
menagih RAHMAT dan MAGHFIRAH,,

Ya Allah,,
jangan biarkan IKATAN
kami dicemari dengan MAKSIAT
nan keji,,
permudahkanlah urusan kami,,
MEMETERAI SEBUAH JANJI!!!!

Ya Allah,,
kita jalin...
moga-moga diri kita akan
diRAHMATI,,,
dengan niat yang SUCI ditempatkan
di negeri MARUAH ABADI...

Ukhwah fillah tidah akan musnah walaupun
OMBAK walau
BADAI mendatang,,
HINDARKAN PERSENGKETAAN
dengan
ZIKRULLAH
hati kita akan
TENANG........





You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Tuesday, August 30, 2011



Salam Aidilfitri
Salam dihulur maaf ku pohon buat semua rakan2 dan follower blog nie...

Taqobballahu Minna Wa Minkum
Shiyamana Wa Shiyamukum
Kullu 'amin Wa Antum Bi Khairin
Minal 'aidin Wal Faizin

Semoga Allah menerima (amalan) aku dan kalian
Puasaku dan puasa kalian
Semoga sepanjang tahun kita selalu dalam kebaikan
Semoga kita termasuk orang yang kembali (fitrah) dan berbahagia

Disini, saya Miftahul Hidayah / Daia Kasturi / Puteri Katak dan sekeluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya ada:
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^
ana asifah jiddan antum antunna...
moga kita sentiasa dlm redhaNYA..inSYA'ALLAH!! :) :D ^______^


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Sunday, August 28, 2011


Kad Hari Raya From Taufiq

Assalamualaikum wrt...

Pagi-pagi lagi daia dikejut kn dr tido bila atuk daia dtg umah...daia ingtkan atuk dtg sbb nk jumpe cucu2 dia...
tp pgi nie..mungkin itu bukan hajat utama dia dtg umah daia...ada hajat lain yg ingin atuk ingin smpai kn..
Rupa-rupanya,atok nk kirimkan kad raya yg posmen hantar ke umah atok dan surat tu untuk NUR HIDAYAH BINTI ABD RAHIM...

bila dpat saja kad raya tu..terus belek punya belek...melalui tulisan dan tandatangan diluar smpul surat..daia dh dpt agk sape pengirim nya..dengan serta merta daia terus merobek smpul surat utk membaca segala isi kandungan kad raya itu..dan ternyata benar...kad hari raya itu dtg nya dr Mohd Taufiq...

bg daia kad raya pemberian taufiq amat bermakna..mungkin sbb tahun nie..daia dh xlagi menyambut hari raya bersama dia buat kali pertama nya...segala isi kandungan kad raya membuat kan air mata jatuh ke pipi...
xkesah la.. ini adalah tanda ingatan taufiq pd daia buat kali terakhir..akan ku abadi kan semua nie dalam diari hidup ku...yg xmungkin dpt daia lupakan..

ma'asalamah....
You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Sunday, July 31, 2011


Sehimpun Doa Untuk Berharap



ღღ بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

¸.
ღღ Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

*
,¤Syukron jiddan aidan,¤¤

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah
dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumAmiin ya Rabbal'alamin.

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh.

Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku.

Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khawatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.

Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.

Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu,

akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta,
wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama.

Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Wahai saudari seakidahku..carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu..yang menitis air mata melihat kesakitan mu ketika melahirkan zuriatnya..dan lelaki yang m'bangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam....

SEMOGA BERMANFAAT


Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Monday, July 25, 2011


(¯`•.¸ღ Jodohku aku merindumu ღ¸.•´¯)


Assalammu'alaikum........

Apa kabar jodohku? Baik-baik saja kan?? Berat rasanya kantung mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu slalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu trs menerus berdzikir dimalam itu?

Jujur aku rindu kamu....jodohku...,,
Tapi saat ini blm saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mau..,atau aku tak rindu. Tapi memang karna perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajiban yg harus kita penuhi sayang..,,Terkadang aku berfikir...apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku??Mengajakku
bertafakur dan bersujud kepada-Nya??

Berat hati ini menantimu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau slalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat Dzuhur tiba..
kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadap-Nya?


Jodohku...sehatkah kamu?
Kalau saja aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.,

Jodohku sabar dan tenanglah...
aku disini masih bersabar menantimu,Hatimu tak sedang terluka kan? tersenyumlah... karna aku yakin kebahagiaan akan slalu menyertai kita,Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, ambil air wudlulah... dan mendekatlah kepada-Nya.,Tapi disini ak berharap kau baik-baik saja..,

Hmm....
waktu ini memang terasa lama buadku.,tapi ak yakin takkan lama lagi kau akan hadir menyapaku dan mengajakku untuk melakukan shalat fardhu.
Dan sering pula kau akan menyanyakan.. " Sudah shalatkah kau sayang?"

Jodohku...aku rindu..,
Kapan kita bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat2mu. Hati ini kosong...dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yg kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku...
apa kau jg rindu padaku? Bagaimana dengan Qur'an mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isya'? Apa yg kau pahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku....Aku siap mendengarkan., dan begitu jg dengan keluh kesahmu,aku siap berbagi sayang...

Perubahan apa yg kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin membaikah? Tak kau sentuh kan hal-hal yg dilarang agama?
Aku berharap seperti itu...Jodohku....
disetiap langkahku dan seusai shalatku..
ku titipkan AL -Fatihah untukmu,agar kau slalu berada dijalan-Nya..

Sabar ya sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yg lama..
Jangan sampai kau salah jalan sayang.,Salam rindu pula untuk orang tuamu, baik-baikah mrk?Masihkah kau jaga mereka dg kasih sayangmu?Dan sudahkah kau bersyukur??

Sayang...
nantilah aku, dgn berbagai kebaikan yg nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Karna aku mencintaimu secara tulus...

Jodohku...
bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mau menerima segala kekuranganku...dan membenarkanku dikala ak salah.Sayang... berusahalah! Kita pasti akan sukses! Bahagiakan orang tuamu...dengan menjaga sikapmu dan tuturkatamu..

Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cakap untuk memimpin kelak.
Jgn pernah merasa sepi..
karna aku disini masih setia menantimu, dan disini aku masih setia menjaga kehormatanku.


Sayang...
kalau siang sudah berlalu..pejamkan matamu dg buaian do'a, begitu juga ucap do'a dariku selalu menyertaimu...
Smoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. AMin...


Jodohku...
Tak terasa pena ini telah banyak kui goreskan diatas kertas putih ini, yg memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu.,
Ingatlah sayang...
aku slalu ada untukmu...
Untuk itu jgn pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Hmm...semoga kerinduanku ini akan terjawab,seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu......

Wassalammu'alaikum



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Tuesday, June 14, 2011


JaNGaN TeRLaLu MeNGHaRaP,TeRiMaLaH Dia Apa SeaDaNYa



Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…


.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


.
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


.
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa



Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…



Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL...



Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . . 


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI


Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
.
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Aku sedang menanti dia...




Aku sedang menanti dia

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..





You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com