Followers

Saturday, March 19, 2011


...RuMpUt & KaSiH SaYaNg...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


 
You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Friday, March 18, 2011


~ ATaS NaMa CiNTa ~


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
 
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
kumpulan UNIC


Lagu ni mengisahkan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan..
namun pada 1 ketika dia tersedar.. 
yang cinta pada perempuan itu telah mengurangkan cintanya kepada penciptaNya..
lelaki ini berasa amat bersalah dan amat berdosa kerana telah merampas rasa cintanya dari Allah swt..
lalu dia tersedar..
cinta yang selayak untuk di cintai hanyalah cinta Allah
lelaki ini takut akan kemurkaan Allah swt
lantas lelaki ini membuat keputusan bahawa..
"Biar sendiri hingga hujung nyawa,asal xsepi dari kasih nya,
Kerna ssunguhnya hakikat cinta, Hanya Dia yang Esa"..
Lalu lelaki ini berdoa..
"Ya Allah...jika diriku tidak mendapat cintanya di dunia..
Kau temukanlah cinta ku dan dirinya di akhirat kelak..
Sesungguhnya hamba ini sangat mencintai dirinya."
amin Ya Rabb Alamiin ~
lelaki ini telah mengorbankan cinta nya utk kekasihnya ..
 Demi utk mendapatkan cintanya kepada Allah..
Persoalan nya : 
adakah kita sanggup mengorbankan cinta kita demi Allah swt ??
Sekian..maasalamah.. 
  
Jom kita play video klip Atas Nama Cinta Dari UNIC ini..


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Thursday, March 17, 2011


Doa apabila Mendengar Kematian orang yang bukan islam

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ 
Marilah kita mengucapkan syukur Allhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi Allah ini lagi..masih ada lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul sbagai seorang muslim.
Petang tadi selepas sahaja solat magrib trus membuka laptop. Hajat dihati nk study tp rehat sebentar melihat facebook.hehe..biasalah tu..nk hilangkan stress. Bile bukak jer fesbuk,punya lah banyak notification nyer..hehe..tetibe tertarik dgn satu notification nie..datang nyer dr sahabat ku..jom kita sama-sama lihat.

  
 terima kasih kepada sahabat ku sbb bertanya soalan.. 

Sebagai menjawab soalan sahabatku ;

Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang )

Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155


 Dengan itu, apabila mendapat berita kematian seorang yang bukan Islam TIDAKLAH SALAH dan TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI DOA KEPADANYA serta TIDAKLAH PULA DIANGGAP MENDOAKAN RAHMAT KE ATAS ROH SI DIA ( Yang Bukan Islam itu ) .

Apa yang diucapkan itu hanyalah sebagai TAZKIRAH ( Peringatan ) kepada diri sendiri dan kepada orang yang memahami perkataan itu bahawa ucapan itu membawa erti: “ Betapa hebat, sombong , megah , takbur , besar diri dan gagahnya kita , kita tidak akan “ menongkat langit “ , dan sebagai mana kita berasal daripada Allah Ta’ala ( lahir dengan taqdir-Nya ) maka begitulah juga kita akan pergi menemui-Nya kelak ( yang juga merupakan taqdir-Nya ) " .

Dan setiap amalan itu bergantung kepada niat dan niat saudara menyebut perkataan itu ternyata tidaklah salah . :yess

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
 
 


You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com