�

Followers

Wednesday, March 2, 2011


AnTaRa DuA PiLiHaN Ya aTaU TiDaK

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) 


Allhamdulillah,arinie curi masa sedikit utk meng "update" belog ku nie.Mklumla,terlalu bz dgn Final Projek dan tugasan2 yg lain yg perlu disegerakan utk disiapkan.Itu adlah perkara biase bg hidup seorang pelajar.Terlalu byk bnde yg perlu di pikul dan di pertanggungjawab kan.Namun kesabaran dan ketabahan amat diperlukan dalam menjadi seorang pelajar yg berjaya..wah2..ayat yg agak skema..hehe..xpela..jes nk luahan perasaan..


Hari ini,tangan nie terasa gatal sngt sbb nk menaip entry terbaru..wlaupun byk kerja.Kadang2 kita perlukan masa utk aktiviti lain utk kita luahkan perasaan kita..spya dapat menghilangkan tension,kemarahan dan kesedihan..
bagi sy semua itu dpt mem positive kn diri ku ini..Maklumla dri ku ini juga manusia yang lemah..xtrlepas dengan semua dugaan hidup.Kadang2 kita dapat hadapi semua tu dgn tenang..dan adakalanya kita ngelabah dlm meng " handle"kan masalah tersebut.Hanya Allah Yang Tahu segala apa yg terbuku di hati ni.

Sebenarnya entry kali ini,sy amat sukar utk mmbuat 1 pilihan hidup antara YA atau TIDAK . Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini,semnjak diriku terdedah dgn dunia internet atau pun lebih dikenali dunia alam maya nie..byk bnde yg sy dpat..Byk yg terdedah kepada kebaikan dan byk juga yg terdedah kepada keburukan.


Kebaikan yang saya paling SUKA semasa hidup di dunia alam maya nie ialah :-


***Ramai Kawan-Kawan  
      Saya dapat berjumpa dengan ramai kwn2 yg xpernah sy kenali diseluruh dunia [sebenarnya dalam Malaysia jer..ehee~ ] even sy xpenah kenal mereka namun mereka amat baik dgn saya..Actually sy mmg pemalu + segan utk berjumpa dgn kwn2 yg sy xpenah jumpa..sampai 1 tahap tu kwan perempuan yg sy sllu dok chatting pun sy segan nk angkat kal dorg..meby sy nie manusia yg agak pelik kut.yela kwn2 kt fb tu mmg byk dan mereka mmg peramah..Kalau org yg xpenah kenal sy..sy nie mmg pemalu sedikit..tp kalau kwn2 yg dah ari2 idup bersama..dh kurang sikit pemalunya..hehe..dan mungkin terlalu overdos pulak peramah nya..bile dkat alam maya nie..saya mmg seorg yg peramah tidak kira la perempuan or lelaki..


***Ramai Kawan-Kawan Yg Lagi Muda [adik-adik] 
      "Masa dekat alam maya nie sy de ramai kenalan dr kwn yg muda dr saya..saya lebih rapat n suka berkawan dengan mereka dr berkawan dgn kwn yg sebaya atau lebih tua dr sy..mungkin sbb xde point nk sembang..lagi pun dr kecik lagi sy mmg perasan yg saya nie suke berkwan dengan adik2.


Nak dijadikan sebuah cerita,masa dolu2 tyme sekolah agama rakyat dulu..sy de ramai adik angkat yg terangkat tue..haha..bak kata mmg ramai lah..smpai 1 mse tu tyme nk solat asar berjemaah di surau hmpir satu saf/baris jemaah tu penuh ngn adik2 angkat.mklumla,mse tu sy tahun 5,adik2 angkat tahun 1..mmg sshla nk jge mereka..tyme nk solat jer,mesti pkaikan mereka telekung..pastu smpai de yg gduh sbb nk solat sebelah sy..last2 mereka akur..hehe..sian mereka..pastu ble nk p kdai msti dorg ikut je sy kemana2..


sy mmg suke budak2..mungkin sbb sy xramai adik perempuan..maklumla sy de sorg je adik..Ustazah kt situ semua heran dgn sy,yela..ramai sngt adik angkt kt sekolah..ustazah ckp sy mmg pelik..pastu sy kadang2 suke dukung adik2 angkat sy nie..tp xla semua..de sorg dua jela..meby sbb trlebih chomel n petah..hehe..rindu sngt tyme nie..smpai sekarang nie sy msih di kategorikan pelik..haha... sbb itu la sy suka layan kwn2 yg lagi muda dr sy..hehe.."


***Yang ni bukanla bnda yang saya suka..tp wujud di alam maya nie..
       Lelaki yang dinyatakan tidaklah sngt peramahnya..sbb nya dalam fesbuk sy pun..berape jela insan yg bernama lelaki yg sy kenal.Kebyakan nya pun kwn2 sekolah,kwn2 Poli..yg selain dri itu tidak pernah pun termasuk dalam senarai Friends List sy tue..sy mmg xsuke meng "approve" sekiranya dia itu lelaki..Tp kadang2 sy meng "approve" mereka secara xtahu knp sy approve.mungkin sy mengehadkan ciri2 lelaki utk meng"approve" itu kot..hehe..Yg tidak menepati ciri2 itu..mungkin tidak di "approve" dan kebarangkalian di block..hehe..kejam nyer sy..tp itu la kenyataan nya..ade sebab mengapa dan kenapa sy berbuat sedemikian..mungkin akan dinyatakan ..Keburukan yang paling xsuka di alam maya nie sebentar lagi..

Keburukan yang saya paling TIDAK SUKA semasa hidup di dunia alam maya nie ialah :-

***Benda yang paling sy xsuke telah dinyatakan diatas iaitu lelaki..Scre jujur..sy mmg xsuke approve lelaki..maaf la lau spe yg add tp x dilayan itu..ade sbb nya sy lakukan sume nie..
antara sbbnya ialah :
* lelaki ini mmg terkenal dalam mengayat seorang perempuan..sy akui yg sy mmg mudah terperdaya dengan ayat2 mereka..Disebabkan hal2 mcm nie la sy takut utk approve lelaki..
** sy mmg xsuke lelaki yg add ssorg sbb kecantikan ssorg wanita itu.Bile tgok picture chomel jer msti nk add..jd utk mengelakn bnde2 nie trjadi,sy lebih gemar letak gmbar2 kartun muslimah atau lain2..tp kdang2 sy akan tukar juga pic sbnr..ikt keadaan..hehe..sy mmg pelik..hehe...
p/s : maaf kepada semua lelaki kt luar tu..ada ciri2  lelaki yg sy suke je akan sy add..yg len tu..xdapet eden nk menolong..


1 Lagi sbb sy menulis entry hari nie..sy rasa yg sy nk ttp akaun fesbuk sy..tp sy masih dalam dilema..sbb bnde2 kt atas tue..sy syg kwn2 sy..sy syg ukuwah yg terbina sepnjng sy didunia alam maya nie..tp de 1 sbb sbb kdng yg sy xnk bnde tue trjadi lalu terjadi...jd better sy ttp akaun fesbuk nie..xde masalah nie akan timbul..mungkin sy perlu pk leklok utk masalah nie..hehe..


hehe..cukup la rasenyer entry sy hari nie...hehe..skadar luahan perasaan..
assalamualaikum..
doakan sy dapat mnyiapkan final projek dgn jayanya..
thanx sbb jd shbat2 sy..


Saya memang seorang yang pelik

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Tuesday, March 1, 2011


♥..*** Munajat Cinta ***..♥


Ya Allah..Aku mohon kepada-Mu, cinta-Mu...!
Cinta siapa saja yang mencintai-Mu...
Cinta apa saja yang mendekatkanku kepada cinta-Mu...
Jadikanlah cinta-Mu lebih berharga bagiku..

Daripada air dingin bagi orang yang kehausan.

Yaa Allah...
Hidupkan aku dengan kehangatan cinta-Mu...
Matikan aku dengan kelembutan cinta-Mu...
Bangkitkan aku dengan kekuatan cinta-Mu..
Cintaku pada-Mu, masih tetap menunggu cinta-Mu...

Yaa Ilahi..
Jikalau cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya...
Teguhkan imannya...
Tegarkan penantiannya...

Yaa Rabbi....
Jikalau hatiku Kau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu...
Terangi langkahnya dengan cahaya-Mu...
Temani dia dalam kesepian dan kesendirian...

Yaa Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya...
Resapkan rinduku pada rindunya...
Mekarkan cintaku bersama cintanya...
Satukan hidupku dan hidupnya...
Dalam cinta-Mu...
Sebab....
Cintaku padanya, dari-Mu.
Cintaku padanya, oleh-Mu.
Cintaku padanya, untuk-Mu.
Cintaku padanya, kerana-Mu.

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Saturday, February 26, 2011


10 Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum kpd semua pembaca..entry kali ini,sy nk berkongsi serba sedikit mengenai apa yg sy terbace di artikel I luv islam..artikel yg sngt menarik..jom same2 kite bce..hehe

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

[B]1. Bersahaja[/B]

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

[B]2. Senang Bersama[/B]

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

[B]3. Terima Kita Seadanya[/B]

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

[B]4. Sentiasa Jujur[/B]

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

[B]5. Percaya Mempercayai[/B]

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

[B]6. Senang Bekerjasama[/B]

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

[B]7. Memahami Diri Kita[/B]

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

[B]8. Tampilkan Kelemahan[/B]

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

[B]9. Kata Hati[/B]

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

[B]10. Solat Istikharah dan Tawakkal[/B]

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com