�

Followers

Saturday, February 26, 2011


10 Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum kpd semua pembaca..entry kali ini,sy nk berkongsi serba sedikit mengenai apa yg sy terbace di artikel I luv islam..artikel yg sngt menarik..jom same2 kite bce..hehe

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

[B]1. Bersahaja[/B]

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

[B]2. Senang Bersama[/B]

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

[B]3. Terima Kita Seadanya[/B]

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

[B]4. Sentiasa Jujur[/B]

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

[B]5. Percaya Mempercayai[/B]

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

[B]6. Senang Bekerjasama[/B]

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

[B]7. Memahami Diri Kita[/B]

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

[B]8. Tampilkan Kelemahan[/B]

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

[B]9. Kata Hati[/B]

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

[B]10. Solat Istikharah dan Tawakkal[/B]

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Friday, February 25, 2011


NOTA F5107 - WEB PROGRAMMING

Assalamualaikum semua...nie adalah sume note yg Cik Maisarah bg ritue...sape yg nk nota ambik la..tp lau korg sume de nota tambahan..share la nti owkey?
p/s : semoga kita sama2 berjaya nanti...
sharing is caring..


1. STRING IN PHP
2. SESSION & COOKIES
3. PHP & MYSQL
4. FILE HANDLING
5. FILE HANDLING 2



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Thursday, February 24, 2011


MaLaM BeRSaMa KuMPuLaN UNIC Di PoLiTeKNiK UnGkU OmaR

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) 

entry pd kali nie berkaitan suatu yg amat berharga dan paling bermakna dalam idup saya..yg nk sy kongsikan kepada rakan2 sekalian.Pada tarikh 22 Februari 2011 adalah detik yg paling manis oleh setiap peminat Kumpulan Nasyid UNIC utk merakam detik mereka bersama artis kesayangan mereka itu.
sy juga tidak terlepas peluang untuk menghadiri konsert tersebut.Walaupun pada malam itu,sy teramatla bz dengan tugas seorang pelajar.


xdpt snap pic dgn UNIC..dgn banner UNIC pun jd la..huhu

album terbaru UNIC - HIJRAH
UNIC is the best !! I Love UNIC



Namun semua itu tidak akan jd penghalang untuk sy berjumpa secara "face to face" dengan artis nasyid yg sy minati semenjak sy dibangku skolah.Hmm,xsilap mse sy di darjah 6 kumpulan nie mula ditubuhkan di bawah naungan Hijjaz Record.Memang saya terlalu obses dengan NASYID,mungkin lagu-lagu nasyid nie kena dgan jiwa sy.
Ini adalah kali pertama sy dapat berjumpa dengan UNIC dan mendengar mereka bernyanyi secara LIVE..selalu hnya dapt melihat di dalam kaca TV dan Radio sahaja.Tapi pada malam nie secara LIVE..huhu..amat teruja n excited melihatnya.


persembahan pertama merupakan bacaan ayat suci Al-Quran yang di persembahkan oleh Mohd Fakhrulradhi juara akademi al-quran ke-3 juga ahli kumpulan UNIC itu...


sedapnyer sore..asyik sy mendengar nyer..
Bazli , fakhrul dan fazli --> Kumpulan UNIC
Pada malam konsert sy bersama 5 sahabat yang lain berjalan kaki dari rumah sewa yg berdekatan di Politeknik --> [taman cempaka..] ..Mujurla mereka juga ingin pergi bersma sy.hehe..

sahabat2 ku..[salihah,saya,k syira dan umie]
Konsert UNIC ini dihadiri oleh beratus siswa n siswi Politeknik Ungku Omar juga orang-orang luar di sekitar Ipoh..Konsert pembukaan UNIC ini telah dimulakan  oleh penasyid Politeknik Ungku Omar sendiri

Kumpulan Nasyid Politeknik Ungku Omar.
Setelah beberapa minit kemudiannya..adalah persembahan yg amat dinanti-nanti kan oleh peminat Nasyid Di Politeknik Ungku Omar iaitu Kumpulan UNIC.pabila pengacara menjemput UNIC masuk ke Dewan Jubli..semua yang hadir terpaku dan terpana dengan ahli-ahli UNIC. 
wah3..hehe..maklum la..first time dapat jumpa..over excited pula..hehe..Kumpulan UNIC nie dianggotai oleh 3 org pemuda iaitu Bazli,Fakhrul dan Fazli.

UNIC sedang menjemput salah seorg student PUO naik ke pentas.
Persembahan UNIC pada malam nie dapat menarik minat oleh semua yang hadir.UNIC merupakan artis nasyid yang paling sporting dan peramah melayani peminat2 nasyid dsni..Mereka menyampaikan beberapa buah lagu lama dan baru mereka,antaranya :-

1 . Hanya Tuhan Yang Tahu
2. Sahabat Sejati
3. Binnabil Huda
4. Menuju Wawasan
5. Atas Nama Cinta
6. Remaja
7. Selawat

Mereka juga turut membuat lawak,memberi nasihat dan memberi motivasi kepada semua yang hadir.hampir keseluruhan dewan terpana melihat mereka membuat persembahan.Kadang2 lawak yg mereka persembahkan membuatkan seluruh dewan sakit pewot yg xtrhingga kerana telatah UNIC..hehe..mmg kelakar..berbekalkan Crite hantu Kak Limah versi UNIC..mmg xtahan gusi di buat nya...hehe..cayalah UNIC..

ramainyer peminat UNIC..hehe..penuh dewan
tenkiu pd jurukamera UNIC yg snap pic nie..sy dpt pic nie kt fans page UNIC..hehe
berposing di booth UNIC..hehe..siap testing lagi


bukan hanya student PUO jer yg minat UNIC nie tp si kecil molek nie pun minat ugak Kumpulan UNIC nie..
Sungguh seronok budak kecil ni melihat UNIC mmbuat persembahan..hehe...duk di bahagian depan sekali tue..

Kami student politeknik mengucapkan terima kasih kepada kumpulan UNIC sbb dtg kt politeknik..kalian mmg besh !!!hehe...go go chayok33...I Love UNIC..I Love Nasyid...





You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com