�

Followers

Sunday, January 23, 2011


Larangan solat pada dua tanduk syaitan





















“Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika dan terbenam matahari”. Hadis Riwayat Bukhari (no: 558).


Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
Hadis Riwayat: Muslim (no: 831).


Manakala illah larangan tersebut ringkasannya ialah;
  • waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
  • waktu tengahari: ketika itu api neraka bergelegak.
  • waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.

Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab seperti solat sunat. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid terkecuali. (SOLAT QADHA' DIBOLEHKAN)


Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.... 
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka 
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis" .

Oleh yg demikian, janganlah kita melengah2kan solat Asar. Sebaiknya solat Asar hendaklah disegerakan melainkan jika ada urusan yg tak dapat dielakkan. Amalan menyegerakan solat adalah antara amalan sunnah dan disukai Allah s.w.t . Orang yg mengamalkan solat di awal waktu akan mendapat keberkatan masa dan usianya. 

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com

Thursday, January 20, 2011


NASIHAT BUAT SISWA SISWI - AKU MASIH DARA

BEBERAPA NASIHAT BUAT SISWA SISWI BAKAL PEMIMPIN DIMASA DEPAN

Siswa/siswi jadilah pemimpin masa depan yang bukan sekadar menjadi kebanggaan emak, ayah dan keluarga tetapi juga universiti, negeri, negara, dunia dan seluruh manusia selama-lamanyanya.
Sebelum melakukan apa jua tindakan, fikir dan ambil kira serta dahulukan hukum Tuhan, Pencipta Alam Semesta. Kemuliaan insan walau dimana jua ialah dengan terus tetap mentaatiNya. Bukan sebaliknya.
Dalam pergaulan dan berseronok suka, jagalah maruah diri dan agama, Jangan sampai TERGODA. Ramai yang telah tergoda dan terpedaya dan ternoda. Sesungguhnya syaitan telah bersumpah menyesatkan penghuni maya.

Jangan korbankan kesenangan yang abadi kerana mengejar keseronokan nikmat yang sekejap.

Siswi : Berlaku adil lah kepada bakal suamimu yang sah dan zuriatmu nanti : jaga maruah diri.
Siswa : Berlaku adil lah kepada bakal isterimu yang sah dan zuriatmu nanti : jaga maruah diri.
Siswa & Siswi : Preserve your virginity until your wedding night. Itulah keindahan malam pengantin…
Siswa : Dalam pergaulan lelaki-perempuan jangan mengambil kesempatan dari budi yang ditabur. Jangan berbudi kerana ganjaran body. Bagaimana kalau hal yang sama berlaku pada ibumu, adik perempuanmu, kakakmu atau puterimu nanti? Tidak ada lelaki (yang normal) pun didunia ini yang menyenanginya.
Siswi : Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body. Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada zuriatmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda belia. Mesti smart dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau melaut budi yang diterima. Body mu terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Serahkan body mu hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah di masa depan. Terlalu penting memahami hal ini. Hentikan menipu diri dengan hanya lakonan hidup menghias luaran diri (frame) tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia.


 Kita sebagai anak yang halal dari pernikahan ayah dan ibu kita yang sah (kalau ragu-ragu, perlu check dengan ibu anda segera), jangan sampai berperanan diatas kelahiran anak yang tidak sah iaitu anak haram.. Bukan salah si bayi itu tetapi salah ayah dan ibunya yang tidak berupaya mengendali dan mengawal nafsu – sehingga terjadilah perkara-perkara jijik yang disukai (?) dan bersungguh-sungguh dicari walaupun dosa besar. Menyesal kemudian tiada gunanya. Jangan kaburkan atau rosakkan salasilah keturunan zuriatmu zaman berzaman. Jangan mulakan vicious cycle (pusingan kejam) dalam kehidupanmu yang sementara ini.

Walaupun tempoh di pusat pengajian tinggi semakin menghujung, tapi masih ada masa untuk berubah dan membaiki diri kalau kita benar-benar mahu. Terlalu rugi kalau kita hanya mendapatkan segala-galanya dari sudut duniawi TETAPI tidak dikurniakan asuhan agama Islam sewaktu di kampus lantaran tidak benar-benar mencarinya. Maaf kerana menggunakan tamsil yang kurang elok : Penagih dadah jarang ditemui mati kerana tiada bekalan dadah walaupun di tempat baru. Orang yang pasti beruntung ialah orang yang sentiasa melakukan dan merindui kebaikan serta menjauhi dan membenci kejahatan. Apalah se gunung degree tanpa akhlak mulia menghiasi diri. Success at the expense of faith is NO success. The CHOICE to seek the Truth is yours. Anda boleh! (kalau anda benar-benar mahu).



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Engkaulah Sahabat ku~~




















Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan 
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi 
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu 
Terlalu naif untuk ku fahami 
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman 
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com