�

Followers

Saturday, November 20, 2010


MahaL MahaL KiTa ~~♥(khas buat 'adam' ku)♥~~





Kebahagiaan terletak kepada mereka yang pernah menangis, mereka yang pernah terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Aku manusia yang pernah tersungkur dalam kekalutan dunia, aku manusia yang pernah rebah dalam kealpaan cinta duniawi. Mengingati titik-titik noda terdahulu di atas hamparan sejadah suci aku menadah kedua telapak tangan ini memohon keampunan dan rahmat dariMu agar diberikan aku hidayah serta taufiqMu supaya aku tidak tersimpang dari jalanMu, mengharapkan dipertemukan dengan bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…ampunilah aku Ya Allah…..

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari serta mulut dan hati bersatu berzikir mengingati ILAHI. Aku bermunajat di malam hari, merintih dan merayu kepadamu Ilahi…hilangkanlah kesakitan di dalam diri, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. Terlalu berat untuk aku terima namun aku pasrah sekiranya sakit yang kurasa ini menjadi penawar dosaku. Maka dikesempatan itu aku memohon kepada Ya Rabbi, melafaz kata-kata cinta indah yang mengalir berzikir di kidung doaku, hadirkanlah aku seorang ‘adam’ yang telus mencintaiku dan menyayangiku, yang akan memberikan aku kebahagiaan di dunia dan juga pembelaan di akhiratMu, seterusnya yang akan menjadi pemimpinku ke landasan SyurgaMu...Syukur kepadamu Ilahi…..

Aku telah diberikan anugerah untuk mencintainya..aku juga telah diberikan anugerah dicintai olehnya…Dan kini kami saling menggenggam anugerah dariMu. Meskipun jarak dan waktu memisahkan kami, jangan pernah jadikan itu sebagai penghalang cinta yang telah diberi dariMu...Dan izinkanlah kami untuk selamanya bersama dan menjaga anugerah dariMu…amin Ya Rabbul Izzati….

Destinasi cinta yang ku cari sebenarnya sudah terlalu hampir. Apapun yang kita cari dalam kehidupan ini adalah secangkir kebahagiaan buat perencah kehidupan sejati. Namun tidak semua keazaman merenjiskan penawar…kerana kita hanya merancang tetapi Allah yang Maha menentukan. Kesedaran yang harus kita sematkan bersama, bukan mudah melakar pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari…Redhailah kita dalam menghadapi apa jua ketentuan dan takdirNya kelak. Berdoalah semoga apa yang kita genggam ini adalah ketentuanNya yang sememangnya ditakdirkan untuk kita kecapi bersama…

Wahai si pemilik hatiku...sedarilah kita Cinta itu satu amanah. Ia bukan hak mutlak kita. Tidak wajar untuk kita jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain. Kita hamba ciptaan Tuhan yang dijadikan berpasang-pasangan. Kita hanya meminjam anugerah Tuhan itu namun bila tiba masanya kita pasti akan pulangkan. Cinta yang hakiki datangnya dari Allah S.W.T semata-mata. Jika aku adalah cinta yang kau dambakan selama ini, maka cintailah Dia lebih dari diriku..kasihilah Dia lebih dari segala-galanya kerana hidup dan matimu hanyalah bersamaNya, cinta abadan yang boleh dibawa sampai mati.

Kepadamu yang bakal menjadi sebahagian daripada hidupku... Cintailah aku bukan kerana kecantikan paras rupaku, bukan kerana hangatnya cintaku, bukan kerana cintaku padamu tetapi cintailah aku kerana diriku seadanya. Jangan kau cintai aku seperti bunga kerana bunga akan mati kala musim berganti. Cintailah aku seperti sungai kerana sungai akan mengalir selamanya. Terimalah segala kekuranganku, kerana aku tidak sesempurna yang dikau sangkakan. Tapi ketahuilah aku dambakan cintamu untuk aku menjadi wanita sempurna di matamu.

Duhai nakhoda yang bakal membawaku belayar di lautan yang luas...telahku nyatakan padamu bahawa di permulaan ini aku hanya ingin 3 perkara sahaja darimu…jadikanlah aku matamu untuk kau lihat kecantikan dunia dan kebahagiaan akhirat kelak…jadikanlah aku telingamu untuk aku mendengar segala rintihan dan keluh kesahmu walau di mana saja dan apa jua keadaan kau berada... Tuhan menciptakan setiap manusia dengan dua hati, dimana satu hati lagi harus dicari, maka jadikanlah aku hati padananmu yang engkau cari-cari selama ini.

Untukmu si pemuja hatiku...aku inginkan cinta biasa namun aku ingin mencintai dan dicintai daripada ruh dan jiwa kita yang paling halus. Aku bukan sekadar dambakan cinta sejati tetapi aku inginkan cinta yang hidup, yang kekal di dunia dan juga singgah sana…Sesungguhnya ketahuilah olehmu, di dunia ini aku ingin menjadi pendukungmu, pembakar semangatmu, senyumanmu dan pelengkap hidupmu dalam menghadapi semua bahtera pelayaran dunia ini… Di hari pembangkitan nanti, aku ingin bangkit di sisimu menjadi pendampingmu di kala hari perbicaraan dan akan menjadi pengiringmu di SyurgaNya kelak…izinkanlah aku…

Kehebatan berkata-kata terletak pada lidah. Namun, sehebat mana pun kata-kata itu bertunjangkan pada hati dan pemikiran yang baik dan terbaik. Kejujuran adalah sesuatu yang bergantung pada terjemahan hati dan bukan sekadar gelinciran lidah. Keikhlasanmempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak dapat melihatnya. Jangan biarkan cinta menguasai diri, sebaliknya biarlah diri yang menguasai cinta, InsyaAllah kita mampu membuat keputusan tepat dalam membina sesuatu perhubungan bersulamkan kejujuran dan kepercayaan.

Aku akan menunggu…menunggu…dan terus menunggu kerana aku yakin kau pasti menjemputku……(^__^)  _♥



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Kenapa kucing tanam taik ia selepas berak?




Sampai lah ada sekali tu,saya pergi library masa kecik dulu,ada jumpa satu buku cerita tajuk dia lebih kurang “kisah kucing dan harimau”..Cerita dia mengenai kucing dan harimau yang berkawan baik lah.Bayangkan tw kucing kawan dengan harimau.

Macam logik juga kan cerita tu sebab dorang ni kan dari keluarga yang sama.Nak jadikan cerita,suatu hari,harimau amanahkan kucing untuk jaga makanan dia sebab dia ada urusan nak kena setelkan.Kucing pun setuju.Sepeniggalan makanan harimau dengan kucing tu,kucing tu lapar sangat2.

Kucing tu fikir,agak2 line clear ni,apa salahnya kan dia makan sikit..nak jadi cerita,dia terlajak makan sampai habis makanan tu semua..Kucing tu dah risau,macamana ni?Jadi ia terfikir dia terpaksa lah berbohong dengan harimau.Cakap je ada binatang lain curi makanan tu semua.


Bila dia dah tipu harimau tu,harimau tu pun ngamuk..dia menjerit..”siapa yang curi makanan aku.aku boleh detect siapa melalui taik dia nanti!!”..kucing tu takut..sejak dari tu lah sampai sekarang,bila kucing habis berak je,dia akan tanam taik dia tu..sebab takut harimau jumpa.

You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...




You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com