widget

Followers

Networked Blogs

Sunday, November 21, 2010


Kenapa Qabil Bunuh Habil?

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.

Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.

Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.

Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.

Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.

Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.

Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.

Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit, sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain, bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.

Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."

Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya... yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.
You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Siapa itu Maher Zain??

Maher Zain

Seluruh negara telah pun dilanda fenomena Maher Zain berbanding artis2 lain..Ramai remaja zaman sekarang meminati Maher Zain..Banyak lagu2 beliau menjadi siulan ank remaja sekarang..ada juga sampai termimpi kan Maher Zain pun ada..xheran la kalau budak2 kecil umo 5 tahun pun dh boleyh hafal semua lagu2 beliau..jadii...Siapa itu Maher Zain??

urmm..yang pasti Maher Zain bukanlah adik beradik Anuar Zain or Ziana Zain....Maher Zain merupakan artis yang menyampaikan lagu2 nasihat dan ketuhanan...

Biodata Tentang Maher Zain

  • Name: Maher Zain
  • Age: 29 years old
  • Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
  • Education: BA in Aeronautical Engineering
  • Previous Job: Music Producer
  • Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
  • Album Name: Thank You Allah
  • Number of Tracks: 13
  • Release Date: 1st of November 2009
  • Record Label: Awakening Records

Maher Zain, mungkin masih ada yang belum pernah mendengar nama ini. Namun, penyanyi berusia 29 tahun ini sedang meraih populariti di beberapa negara Eropah dan negara-negara Timur Tengah. Keindahan muziknya yang memuji-muji kebesaran Allah berjaya menambat hati penggemar muzik.

Album sulungnya yang berjudul ‘Thank You Allah’ mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Album ini memuatkan 14 buah lagu kesemuanya termasuk satu lagu bonus dan ia telah dilancarkan pada 1 November 2009 lalu.

Single pertama album ini, ‘Thank You Allah’ pernah berada di kedudukan nombor satu dalam carta Amazon’s World Music dan tempat kesembilan dalam carta R&B. Bukan itu sahaja, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube. Begitu hebatnya Maher Zain!

Kini, kehebatan Maher Zain mula menular di negara-negara Asia, tidak terkecuali Malaysia. Secara tiba-tiba, Maher Zain menjadi sebutan ramai. Malah, ada yang sudah jatuh cinta dengan suara Maher. Keindahan muzik dan kemerduan suaranya membuatkan jiwa terasa tenang dan tenteram.

Persoalannya, siapa sebenar Maher Zain ini? Apa istimewanya dia sehingga mendapat perhatian meluas begini? Pasti soalan ini bermain di fikiran anda. Untuk pengetahuan anda, Maher Zain adalah seorang penyanyi berketurunan Lebanon yang dibesarkan di Sweden. Sebelum bergelar penyanyi, Maher adalah seorang penerbit muzik yang cukup berbakat.

Setelah mencipta nama di Sweden dan mula berkerjasama dengan RedOne, (penerbit muzik yang mencungkil bakat Lady Gaga), Maher telah berpindah ke New York bagi melebarkan sayapnya. Kerjasama dengan RedOne menyaksikan Maher turut terlibat dalam pembikinan album debut Kat Deluna berjudul ‘9 Lives’ yang memuatkan lagu hits ‘Whine Up’.

Kerjaya nyanyian Maher sebenarnya baru bermula. Menurut pemegang Sarjana Kejuruteraan Aeronautik ini dia sebenarnya tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Namun, semuanya berubah apabila dia mula mencari diri sendiri. Tanpa berselindung Maher mengakui yang dia pernah ‘hanyut’ sehingga jauh daripada Allah.

“Tiga tahun dahulu saya memang jauh daripada Allah. Malah, saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Saya banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga berkawan dengan orang yang tidak baik. Terus-terang saya katakan, bukan mudah membesar di barat. Sebaik keluar dari masjid, banyak pusat hiburan yang menanti di luar. Buat seketika, saya leka dengan semua ini. Namun, dalam masa yang sama, saya sentiasa merasakan saya bukan seperti mereka.

Lawatan singkat ke Sweden telah mengubah hidup saya. Di sana saya berjumpa dengan ramai kawan di masjid yang sering saya kunjungi dan bermula dari itu saya mula mengenali diri sendiri. Satu insiden telah memberi inspirasi untuk saya melakukan sesuatu menerusi muzik. Saya telah menyaksikan satu persembahan nasyid yang dinyanyikan dalam bahasa Arab. Walaupun tidak faham dengan maksudnya, tetapi saya cukup tersentuh. Inilah yang membuatkan saya mula terfikir untuk menghasilkan muzik yang boleh memberi mesej yang baik,”

Antara-antara lagu dalam album Maher Zain
Awaken

jom tengok temubual dengan Maher Zain di TV9 baru-baru ini...



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com


Tudung wanita itu ada 4

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”



You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com