widget

Followers

Networked Blogs

Saturday, November 27, 2010


wAn!ta s0LeHaH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya pada Allah & Rasulullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah & senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong ketika kesusahan & penderitaan
tiada sukar dilaksanakan

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah

Bolehkah jiwaku tabah setabah umi Nabi Ismail?
mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
di terik padang pasir
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita bernama Siti Hajar
mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar harum tersebarbagai wanginya pusara Masyitah


Wanita idaman jejaka beriman
Akhlak mulia sentiasa terpelihara
Nafsu dididik pandai dilentur
Imannya mantap ihsannya terpuji
Takutkan Allah taatkan suami
Anak-anak diberi pakaian keIslaman

Sejuk mata memandang
Sucinya hati tersinar di wajah 
Onak & duri ditempuh sabar
Ia dianggap sebagai rahmat
Lancar bibirnya menyebut Allah
Licin di lidahnya dengan kitabullah

Ingkarkan Allah sentiasa dijauhi
Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa
Akalnya pintar dijaga Al-Quran
Hasilnya..dia Wanita Solehah








You Like It?? Sila lah LIKE ..
www.tips-fb.com